Thursday, August 14, 2014

Susu Kambing Fresh - Raw atau Mentah UNpasteurised

Susu kambing duk berendam dari 5 henggit je sebotol. PM sekarang, PKR tukar Khalid, yg minum susu lembu tukar susu kambing lebih khasiat lebih kaw!! Sunnah lagi pun, minuman para anbiya.

Susu Kambing Fresh yang kami jual ni diperah, ditapis dan dibotolkan terus oleh penternak2 Islam sahaja yg saya dah pegi cek keadaan ladang, pemakanan kambing, suasana sekeliling. Ada juga beberapa ladang milik orang Islam yg kami tak terima bekalan susu kambing disebabkan beberapa faktor yg tidak mengikut "Syariah Compliance". Selain dari mengikut procedure (SOP) veterinar dari segi hygienic atau pun kebersihan kami menasihatkan pemilik ladang kambing susu memberi penekanan terhadap kesucian dari sudut agama Islam. Ada sesetengah penternak berzikir atau membaca ayat2 suci al quran semasa proses perahan susu kambing yg semestinya akan memberi keberkatan kepada pengguna. Walaupun tidak semua pembekal susu kambing kami memgamalkannya namun kami sentiasa memberi nasihat supaya jadikannya sebagai SOP :)

Sorry la jika ayat saya di atas kadang2 bersastera, kadang2 berpasaran hehehe. Bukan nak tulis ayat masuk SPM ni tapi catatan pengalaman supaya semua boleh faham. Dulu masa SPM dapat markah ngam2 je A1 maklum lah asal Kelantan lidah keras nak cakap bahasa luar (kebangsaaan, org kelantan panggil luar). Tak pulak bahasa Kelantan kami panggil bahasa dalam!!

Disebabkan hampir semua susu kami (bukan susu kami, saya maksudkan susu kambing) adalah raw atau mentah tanpa dipasteurisedkan bersebab, susu kambing akan dibekukan secepat mungkin oleh penternak bagi mengelakkan terbiaknya bakteria yg boleh merosakkan susu. Dulu saya bila minum susu kambing mmg cari yg pasteurised tapi setelah google google dlm internet dan baca sana sini maka yg pasteurised tu saya tolak tepi, kadang2 minum jugak kalau tiada pilihan.

Ada lagi saya nak coret2 ni tapi mata dah makin layu tak tahan suara sayu isteri memanggil dalam bilik. Pendekkan kan cerita, gambar di bawah ni menunjukakn cara saya cairkan susu kambing beku secara rendam dalam air paip biasa supaya kecairan hampir mencecah susu bilik. Boleh tahan lama jugak, biasanya dalam masa sejam++.

Bagi yg minta nak order tu boleh la Klik FB Susu Kambing Fresh atau wasup saya 0193574160 bagitau alamat dan kuantiti. Semasa celoteh ni dicelotehkan delivery hanya di Lembah Klang dan sekitar. Harga sebotol bermula dari rm6 hingga rm25 tapi elok la tanya dulu harga sebelum beli sebab harga turun naik tanpa notis hehehehe. Atau boleh klik Senarai Harga kami.


No comments:

Post a Comment