Sepanjang hayat saya baru sekali saya perah susu kambing sendiri itu pun secara tak sengaja. Ada la sekali tu saya sekeluarga balik kampung jalan2 ke Rantau Panjang bukan berniat nak shoppingpun. Tak sampai sejam saya di dalam kawasan Duty Free Zone, pandu balik hala ke Pasir Mas. Sampai je satu tempat tak jauh dari sekatan abg2 pasukan cegah barang2 seludup ni hala ke Kota Bharu isteri saya yg sentiasa menjadi co pilot dan "radio" dgn tiba2, "eh kande kambing". Saya mmg dari dulu lagi pantang dengar perkataan kambing ni terus toleh ke kanan jalan nampak satu kandang kambing agak besar saiz. Apa lagi pandu ke depan cari tempat nak buat U-Turn. Maknanya kami patah balik hala ke Rantau Panjang. Sapa2 yg pandu jalan tu susah nak persan ladang ni sebab banyak pokok2 yg melindungi kawasan ladang ala2 siri tv Dynasty. Veteran2 seangkatan dan yg peringkat lagi veteran tau la Dynasty ni.
Bila pandu masuk ke kawasan ladang akan nampak padang rumput macam padang bola berekar2 luas dan ada beberapa buah rumah berderetan kat hujung2 tu. Bukan setakat kambing, kuda pun ada. Itik, ayam bebas berkeliaran dan ada la sekor dua kambing yg bernasib baik luar kandang. Sampai je saya di kawasan tepi kandang kuda saya nampak tuan ladang, rendah orgnya berseluar pendek panjang yg tutup aurat tengah memberus badan kuda sebiji macam dalam filem cowboy hehehe. Saya macam biasa rendahkan tingkap kereta belah isteri tanpa tinted 100% terus bagi salam dan tanya "sini ado juwa susu kambing ko?" dlm loghat Dewan Bahasa Kelantan. Tuan ladang dgn muka senyum balas dalam bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka "Tak ada...". Dalam hati saya, ni org luar ke org kelantan. Saya tanya lagi, sini mana nak beli susu kambing? Dia cakap tak ada. Saya pun tanpa buang masa pandu ke depan nak patah balik ke jalan besar.
Masa tengah syok2 pusing stereng kiri kanan kiri kanan sebab jalan agak sempit tuan tanah tu lambai tangan dan tanya saya dalam bahasa Merriam-Webster English Dictionary bunyinya gini "Do you have a small container?" Saya agak terkejut dgn slang oreng putih tapi masih dapat memahami dgn penuh jiwa bangsa dgn selamba balas cepat2 "ada...ada.."
alamak....tak sempat nak sambung lagi sebab isteri panggil ada hal. Tapi tunggu, saya akan sambung balik al kisah perah susu kambing hehehe
gambar bawah ni saya kidnap kat internet, kalau empunya hak tak kasi saya guna kena gantikan dgn gambar lain :)
No comments:
Post a Comment