Saturday, August 16, 2014

Susu Kambing Fresh - Perjalanan Yang Jauh

Dari pengalaman "bukan pakar" saya, penternak susu kambing ni ada di hampir seluruh Semenanjung, dari Utara ke Selatan termasuklah Pantai Timur. Kebanyakan kambing susu diternak di dalam kandang2 moden berkayu beberapa kaki dari aras tanah (bukan aras laut). Ada penternak buat kandang betul2 belakang rumah. Sekali pandang tak nampak sebab bau kambing pun tak ada. Sekali pergi belakang rumah, tu dia.... kandang kambing berpuluh2 ekor dan ada yg beratus2 ekor hehehe.

Setakat artikel ini ditulis saya telah melawat hampir 9 ladang dari sebesar2 di Kluang dan sekecil2 di Senawang bergantung pada modal masing2. Yg poket gemuk ladang besar, poket kurus kandang kecik tapi jumlah susu sekali perah bergantung kepada kepakaran tokey kambing.

Kejap.... ada meeting :) bersambung...

sambungan episod akhir...

Semenjak saya jual susu kambing ni, bekalan susu diperolehi dari Kelantan, diperah mentah tanpa dipasteurisedkan (walaupun melanggar akta makanan 1985 melarang non pasteurised di pasaran terbuka kerana Kerajaan terpaksa mengikut telunjuk Barat) terus dibekukan sebelum dihantar ke Lembah Klang dalam keadaan suhu terkawal supaya sepanjang perjalanan hampir 9 jam dengan lori.

Sekarang ni bekalan diperolehi dari Selangor dan Insyaallah dari Utara dan Selatan disebabkan peningkatan permintaan. Macam belajar ekonomi Supply and Demand hehehe. Semua bekalan diperolehi dari penternak2 Islam sahaja bagi menjamin kesucian dan kehalalan susu kambing disebabkan penternak bukan Islam walaupun mendapat pensijilan Halal, keyakinan saya sebagai pemborong amat rendah disebabkan kes2 seperti ikan patin diberi makanan usus babi dsb.

Ok la, tulis panjang2 mengantuk nak baca :)

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.


No comments:

Post a Comment