Sunday, August 17, 2014

Susu Kambing Fresh - Minum Yang Sejuk atau Panas Suam2?

Saya kerap terima soalan bocor gini pasal susu kambing, "kena panaskan ke?.", "boleh minum gitu je ke?". Secara peribadi saya lebih selesa minum suam2 kuku kambing tapi bukan la kena panaskan atas api. Apa yg saya selalu buat (sebab susu yg saya jual ni raw non pasteurised, beku dlm botol seperti dalam gambar bawah ni), saya rendamkan botol tu dalam air biasa dulu kalau waktu suntuk nak cepat sikit. Kalau ada masa, saya biarkan kat luar beberapa jam sehingga 80 ke 90% cair. Nak sukat tepat2 80% ke 90% cair tu bukan la kena sukat betul2 tapi main agak2 je. Kalau kita goncang botol tu dan terasa macam ada ketulan ais lagi sikit2 tu kira dalam % tu la lebih kurang. Jadi bila dah agak2 cair, saya rendam kan dalam air panas atau suam2 agak panas lebih kurang 5 ke 10 min. Yg ni kena praktis la sikit nak tau dia suam2 tahap mana. Ikut citarasa masing2.

Apa yg saya buat selang beberapa minit saya goncang botol tu supaya susu yg sejuk bahagian atas dan panas bahagian bawah bercampur, pegang botol tu kita dah boleh  agak panas dia tahap mana. Kalau dah rasa suam2 atau panas ikut kategori individu tuang la ke dalam gelas, mug, cawan, mangkuk dan apa2 yg selesa nak minum. Nak minum dari botol terus pun boleh tapi saya tak galakkan, nampak tak manis :) walaupun anda mmg jelitawan negara atau Mr Hensom hehehehe.


Kalau kita panas kan susu kambing tu secara terus atau pun secara mudah pasteurisation (susu dipanaskan pada suhu 63 degree Celcius selama 30 min), saya banyak baca artikel di dalam internet mengatakan pemanasan tersebut mematikan kedua2 bakteria2 yg baik sekali yg kita perlu.

Banyak artikel2 berkaitan raw milk dan pasteurisation ni seperti dalam 

How Stuff Work - berkaitan pasteurisation
Raw Milk Reality - yg mana elok, raw atau pasteurised

Tapi..... ada tapi jugak :) ramai di kalangan kita lebih suka minum sejuk tanpa perlu rendam dlm air panas atau suam2. Bila cair teguk macam biasa, cuma perlahan2 cara Islam dan lebih manis jika diminum dalam gelas.


Nasihat saya jika susu kambing ni diberi minum kepada bayi (kena rujuk kepada doktor masing2) seelok2nya bagi lah yg suam2 kuku takut kembung perut pulak. Lagi pun bayi tak akan minum yg sejuk.


Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.



1 comment: