Cara minum dan simpan ni adalah dari pengalaman saya sendiri. kalau ada cara yg lebih baik boleh la kita kongsi kat sini :)
Contohnya kalau beli 10 botol dan plan minum hari2, 3 botol dlm fridge baki simpan dlm freezer. Saya biasa pindahkan 2 hari sebelum minum supaya lebih cair. Jika pagi ke ofis dlm keadaan beku, tghari dah boleh minum tanpa rendam.
Jika masih ada yg beku, rendam dlm air biasa selama sejam++. Bila dah agak2 90% cair, jika perlu suam2, rendam dlm air suam dlm beberapa minit.
Ada yg tak boleh habiskan sebotol, tuangkan apa yg nak minum ke dalam gelas dan baki cepat2 simpan dlm fridge tanpa bekukan. Seelok2nya, habiskan secepat mungkin disebabkan susu raw tanpa pasteurised lebih cepat rosak namun khasiat penuh.
Tuangkan susu ke dlm gelas supaya sekata, elak minum terus dari botol kecuali tiada pilihan goncangkan botol perlahan2. Penutup kurang kedap, susu mungkin meleleh keluar :)
Bacalah doa SELEPAS (ada yg kata sebelum) jika boleh, kadang2 lupa hehehe
اَللَّهُمّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ, وَزِدْنَا مِنْهُ
ALLOHUMMA BAARIKLANAA FIIHI WAZIDNAA MINHU
ALLOHUMMA BAARIKLANAA FIIHI WAZIDNAA MINHU
Ya Allah berilah keberkatan kepada kami dalam susu ini dan berilah kami tambahan susu.
No comments:
Post a Comment