Sunday, November 9, 2014

Susu Kambing Fresh - Home

Susu Kambing Fresh dimiliki oleh Al Falah Fresh (0023704714-D) FB Susu Kambing Fresh

Kepada sahabat2 yg klik www.susukambingfresh.com tiba2 je dilencongkan ke blog ni. Biasanya bila kita klik website dot com atau dot com dot my atau pun dot dot polka dot tu boleh la tengok website canggih siap dgn gambar2 pusing2 melayang2 hehehe.

Apa2 pun yg klik web dot com tu samada nak order susu kambing atau pun nak tau sedikit sebanyak berkenaan susu kambing. Saya mmg ada iklan sana sini dgn macam2 cara. Banner, bunting, poster, iklan fb nak kasi laku susu kambing ni supaya ramai dapat minum minuman sunnah ni. Tahniah dan terima kasih banyak2 la yg sudi klik klik website saya ni.


Yg saya jual ni bukan la susu kambing serbuk macam Hi Goat atau seumpama tu tapi yg asli mentah dibekukan seperti dlm gambar atas ni.

Harga?? Setulus ikhlas sejujur hati maaf zahir batin, kualiti susu kambing tak sama antara ladang ke ladang. Untuk senangkan peminat atau yg pertama kali nak cuba tu saya kategorikan (sendiri gred) kepada beberapa jenis ikut pengalaman saya. Senang cerita, klik sini untuk HARGA terbaru. Kenapa yg jual kat supermarket dlm botol tu lebih murah, dalam rm5.30 ke rm5.50 je sobotol 200ml? Depa punya pasteurised, habis mati bakteria yg baik dan jahat mati dek terkena suhu panas hehehe. Yg saya jual ni raw, mentah tanpa dipanaskan hampir asli lepas perah (lepas perah terbaik tapi kena la bela kambing susu sendiri). Jadi penuh khasiat seperti dijanjikan oleh kambing mmmbeekkkKKKK :)

Tujuan kita nak minum susu kambing tu adalah sebab nak dapatkan khasiat susu kambing yg original bukan sebab sekadar nak minum susu kambing, jadi saya sendiri pilih yg raw, mentah. Lebih lanjut Raw vs Pasteurised klik sini. Kalau sekadar nak rasa susu kambing, boleh la beli yg powder atau yg dicampur dgn kopi cap kapal api tenggelam ka, kopi janda sunyi sepi kambing ka dll hehehe.


Jadi utk sahabat2 yg nak order susu kambing tu, min 10 botol dan pilih la nak harga mana satu, rm6 ka, rm8 ka semua ada dan rasa lain2. Kalau dari ladang yg baik mahal la sikit, ada rasa ada beza. Ada rupa, ada harga hehehe

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ atau wasup saya 0193574160 Kamarull

Tuesday, August 19, 2014

Susu Kambing Fresh - Pengalaman Sahabat Minum Susu Kambing

True story never filmed :)

Saya kenal sahabat saya ni sejak 1985 semasa kami dipaksa lanjutkan pelajaran sana sini. Setelah hampir 25 tahun umur meningkat perut ke depan dulu dari dada, kadang2 bernafas pun terpaksa guna bantuan tong gas dan pembawa pelbagai jenis penyakit tanda zaman muda dah jauh meninggalkan usia. Kencing jenis gula prai, tekanan darah melonjat naik ke bumbung, tengok lubang jarum sah2 blurr mintak orang lain tolong cucuk dan sendi bermuzik kruk krak bila bersolat tu menjadi lumrah. Itu semua termasuk dalam kategori anugerah utama. Sub2 kategori seperti dalam hidung rasa macam ada ulat gonggok, makan belacan habis kulit merah2 dan macam2 la, list panjang berjela dari Exit Tol Plus Selatan sampai Bukit Kayu Hitam pun belum tentu cukup panjang.

Pendekkan cerita sahabat saya ni ada bowel disorder, bahasa melayu mungkin sesenang perut meragam kot atau pun mat salleh panggil lactose intolerance. Jenis makluh Allah yg berakal, makan je susu lembu boleh muntah2 sampai nak pengsan, macam ada belon gas dlm perut, kembung perut dan macam2 simptom.

Saya tak ingat samada saya yg rekemen dia minum susu kambing atau dia mintak nak beli susu kambing dari saya. Yang mana2 pun tak kisah cuma saya copy paste wasup terpaksa edit antara saya dgn dia. Sapa yg tak buta huruf boleh baca kat bawah ni. Secara ringkas, alhamdullilah, perut dia ok dan setakat artikel ni ditulis, setiap minggu 10 botol :)

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.


Monday, August 18, 2014

Susu Kambing Fresh - Saanen, Sejenis Kambing Susu

Kebanyakan penternak yg bekalkan susu untuk saya dari Kambing Susu jenis Saanen berwarna putih dengan takungan susu terang2 nampak bergayut antara dua kaki belakang tu. Ganbar kat bawah ni saya pinjam dari internet. Yang saya selalu nampak di ladang2 tu takungan susu tak de la sebesar tu. Mungkin dalam gambar bawah ni kambing betina tengah bunting kot. Tapi ni lah realitinya asal usul susu kambing yg kita minum tu :)

Mengikut penternak (bukan Wikipedia) yang saya kerap interview setiap kambing bergantung kepada pemakanan, kesihatan dll boleh hasilkan 500ml hingga 1500ml sehari, maknanya 2 hingga 6 botol 250ml sehari. Ini fakta atau auta saya akan perbetulkan kemudian, kalau ada teguran untuk info yg lebih tepat sila jgn segan2 msg saya.

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.



Sunday, August 17, 2014

Susu Kambing Fresh - Suhu Simpanan

Susu kambing yg cair mestilah di simpan pada suhu 0⁰ C ke 4⁰ C dlm peti ais. Jika perlu sejukbeku seelok2nya guna dlm masa sebulan, 3 ke 6 bulan pun boleh tapi kualiti susu kambing tersebut akan menurun. Susu kambing akan beku pada 0⁰ C tapi kebiasaaannya saya sejukbekukan pada -15 ⁰ C ke -20 ⁰ C. Saya beli thermostat ni di Ace Hardware, rm9.70 satu bagi menentukan suhu adalah dalam lingkungan tersebut sebab tak semua chiller atau freezer ada bacaan suhu.

Untuk delivery saya hantar dalam keadaan beku tapi bergantung jugak waktu terima. Bila terima dekat2 tengahari kemungkinan susu tu dah ada yg cair2 sikit. Bila terima tu, saya cadangkan disejukbekukan cepat2 kecuali sebotol dua untuk diminum terus biar lah kat luar atau dalam fridge bahagian bukan sejukbeku.

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.




Susu Kambing Fresh - Daging dan Susu

Saya pernah terbaca sebelum ni berkenaan dengan daging dan susu jika dimakan dalam hidangan yang sama, kita akan membazirkan nutrien yang terdapat dalam kedua-dua makanan kerana mereka terikat antara satu sama lain dan tidak mudah diserap. Kalsium dalam susu akan mengganggu penyerapan zat besi dan zink daripada daging, dengan itu mengurangkan nilai khasiat sumber makanan yang sangat mahal terutama sumber kalsium dari susu kambing dari segi ekologi protein. Jadi jika anda makan daging (lembu atau kambing), jarakkan masa pengambilan susu  sekian. Nutritionist sila bagi pandangan.

Saya minum susu kambing setengan jam sebelum atau selepas makan!! Walaupun makan ikan 

Kenyataan tersebut saya petikkan dari seorang penulis Yahudi yang sememangnya bijak dari kita. Itu amalan mereka. Islam mengajar yang sama, namum penganut Islam jarang yg ikut.

Susu Kambing Fresh - Minum Yang Sejuk atau Panas Suam2?

Saya kerap terima soalan bocor gini pasal susu kambing, "kena panaskan ke?.", "boleh minum gitu je ke?". Secara peribadi saya lebih selesa minum suam2 kuku kambing tapi bukan la kena panaskan atas api. Apa yg saya selalu buat (sebab susu yg saya jual ni raw non pasteurised, beku dlm botol seperti dalam gambar bawah ni), saya rendamkan botol tu dalam air biasa dulu kalau waktu suntuk nak cepat sikit. Kalau ada masa, saya biarkan kat luar beberapa jam sehingga 80 ke 90% cair. Nak sukat tepat2 80% ke 90% cair tu bukan la kena sukat betul2 tapi main agak2 je. Kalau kita goncang botol tu dan terasa macam ada ketulan ais lagi sikit2 tu kira dalam % tu la lebih kurang. Jadi bila dah agak2 cair, saya rendam kan dalam air panas atau suam2 agak panas lebih kurang 5 ke 10 min. Yg ni kena praktis la sikit nak tau dia suam2 tahap mana. Ikut citarasa masing2.

Apa yg saya buat selang beberapa minit saya goncang botol tu supaya susu yg sejuk bahagian atas dan panas bahagian bawah bercampur, pegang botol tu kita dah boleh  agak panas dia tahap mana. Kalau dah rasa suam2 atau panas ikut kategori individu tuang la ke dalam gelas, mug, cawan, mangkuk dan apa2 yg selesa nak minum. Nak minum dari botol terus pun boleh tapi saya tak galakkan, nampak tak manis :) walaupun anda mmg jelitawan negara atau Mr Hensom hehehehe.


Kalau kita panas kan susu kambing tu secara terus atau pun secara mudah pasteurisation (susu dipanaskan pada suhu 63 degree Celcius selama 30 min), saya banyak baca artikel di dalam internet mengatakan pemanasan tersebut mematikan kedua2 bakteria2 yg baik sekali yg kita perlu.

Banyak artikel2 berkaitan raw milk dan pasteurisation ni seperti dalam 

How Stuff Work - berkaitan pasteurisation
Raw Milk Reality - yg mana elok, raw atau pasteurised

Tapi..... ada tapi jugak :) ramai di kalangan kita lebih suka minum sejuk tanpa perlu rendam dlm air panas atau suam2. Bila cair teguk macam biasa, cuma perlahan2 cara Islam dan lebih manis jika diminum dalam gelas.


Nasihat saya jika susu kambing ni diberi minum kepada bayi (kena rujuk kepada doktor masing2) seelok2nya bagi lah yg suam2 kuku takut kembung perut pulak. Lagi pun bayi tak akan minum yg sejuk.


Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.



Saturday, August 16, 2014

Susu Kambing Fresh - Perjalanan Yang Jauh

Dari pengalaman "bukan pakar" saya, penternak susu kambing ni ada di hampir seluruh Semenanjung, dari Utara ke Selatan termasuklah Pantai Timur. Kebanyakan kambing susu diternak di dalam kandang2 moden berkayu beberapa kaki dari aras tanah (bukan aras laut). Ada penternak buat kandang betul2 belakang rumah. Sekali pandang tak nampak sebab bau kambing pun tak ada. Sekali pergi belakang rumah, tu dia.... kandang kambing berpuluh2 ekor dan ada yg beratus2 ekor hehehe.

Setakat artikel ini ditulis saya telah melawat hampir 9 ladang dari sebesar2 di Kluang dan sekecil2 di Senawang bergantung pada modal masing2. Yg poket gemuk ladang besar, poket kurus kandang kecik tapi jumlah susu sekali perah bergantung kepada kepakaran tokey kambing.

Kejap.... ada meeting :) bersambung...

sambungan episod akhir...

Semenjak saya jual susu kambing ni, bekalan susu diperolehi dari Kelantan, diperah mentah tanpa dipasteurisedkan (walaupun melanggar akta makanan 1985 melarang non pasteurised di pasaran terbuka kerana Kerajaan terpaksa mengikut telunjuk Barat) terus dibekukan sebelum dihantar ke Lembah Klang dalam keadaan suhu terkawal supaya sepanjang perjalanan hampir 9 jam dengan lori.

Sekarang ni bekalan diperolehi dari Selangor dan Insyaallah dari Utara dan Selatan disebabkan peningkatan permintaan. Macam belajar ekonomi Supply and Demand hehehe. Semua bekalan diperolehi dari penternak2 Islam sahaja bagi menjamin kesucian dan kehalalan susu kambing disebabkan penternak bukan Islam walaupun mendapat pensijilan Halal, keyakinan saya sebagai pemborong amat rendah disebabkan kes2 seperti ikan patin diberi makanan usus babi dsb.

Ok la, tulis panjang2 mengantuk nak baca :)

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.


Friday, August 15, 2014

Susu Kambing Fresh - Shami, salah satu jenis kambing utk susu

Semenjak minat susu kambing ni saya banyak la google google sana sini dan terjumpa satu artikel berkenaal dgn salah satu jenis kambing diternak utk susu. 

Artikel penuh makna dan ilmu tu ditulis oleh para ilmuan kambing berpusat di National Institute of Veterinary Biodiversity, Jerantut. Insyallah saya akan buat lawatan muhibbah dan berjumpa dgn En Salleh untuk keterangan lebih lanjut. 

Di bawah adalah snapshot, kalau nak baca lebih lanjut boleh la klik kat sini SHAMI GOAT MILK PRODUCTION PERFORMANCE IN MALAYSIA

Apa yg saya google, saya dapat la tengok rupa Shami ni. Muka kambing tu ciptaah Allah no komen mesti ada sebab tapi bodi dia yg ni solid nampak macam badan kuda, berkilat lagi. Samada yg ni jantan atau betina Allahu a'lam. Biasanya betina nampak kantung susu bergayut besar putih ataupun warna pink2.

Susu Kambing Fresh - Cara Minum dan Simpan


Cara minum dan simpan ni adalah dari pengalaman saya sendiri. kalau ada cara yg lebih baik boleh la kita kongsi kat sini :)


Contohnya kalau beli 10 botol dan plan minum hari2, 3 botol dlm fridge baki simpan dlm freezer. Saya biasa pindahkan 2 hari sebelum minum supaya lebih cair. Jika pagi ke ofis dlm keadaan beku, tghari dah boleh minum tanpa rendam.
Jika masih ada yg beku, rendam dlm air biasa selama sejam++. Bila dah agak2 90% cair, jika perlu suam2, rendam dlm air suam dlm beberapa minit.

Ada yg tak boleh habiskan sebotol, tuangkan apa yg nak minum ke dalam gelas dan baki cepat2 simpan dlm fridge tanpa bekukan. Seelok2nya, habiskan secepat mungkin disebabkan susu raw tanpa pasteurised lebih cepat rosak namun khasiat penuh.

Tuangkan susu ke dlm gelas supaya sekata, elak minum terus dari botol kecuali tiada pilihan goncangkan botol perlahan2. Penutup kurang kedap, susu mungkin meleleh keluar :)
Bacalah doa SELEPAS (ada yg kata sebelum) jika boleh, kadang2 lupa hehehe

اَللَّهُمّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ, وَزِدْنَا مِنْهُ
ALLOHUMMA BAARIKLANAA FIIHI WAZIDNAA MINHU
Ya Allah berilah keberkatan kepada kami dalam susu ini dan berilah kami tambahan susu.

Susu Kambing Fresh - Cara Perah


Sepanjang hayat saya baru sekali saya perah susu kambing sendiri itu pun secara tak sengaja. Ada la sekali tu saya sekeluarga balik kampung jalan2 ke Rantau Panjang bukan berniat nak shoppingpun. Tak sampai sejam saya di dalam kawasan Duty Free Zone, pandu balik hala ke Pasir Mas. Sampai je satu tempat tak jauh dari sekatan abg2 pasukan cegah barang2 seludup ni hala ke Kota Bharu isteri saya yg sentiasa menjadi co pilot dan "radio" dgn tiba2, "eh kande kambing". Saya mmg dari dulu lagi pantang dengar perkataan kambing ni terus toleh ke kanan jalan nampak satu kandang kambing agak besar saiz. Apa lagi pandu ke depan cari tempat nak buat U-Turn. Maknanya kami patah balik hala ke Rantau Panjang. Sapa2 yg pandu jalan tu susah nak persan ladang ni sebab banyak pokok2 yg melindungi kawasan ladang ala2 siri tv Dynasty. Veteran2 seangkatan dan yg peringkat lagi veteran tau la Dynasty ni.

Bila pandu masuk ke kawasan ladang akan nampak padang rumput macam padang bola berekar2 luas dan ada beberapa buah rumah berderetan kat hujung2 tu. Bukan setakat kambing, kuda pun ada. Itik, ayam bebas berkeliaran dan ada la sekor dua kambing yg bernasib baik luar kandang. Sampai je saya di kawasan tepi kandang kuda saya nampak tuan ladang, rendah orgnya berseluar pendek panjang yg tutup aurat tengah memberus badan kuda sebiji macam dalam filem cowboy hehehe. Saya macam biasa rendahkan tingkap kereta belah isteri tanpa tinted 100% terus bagi salam dan tanya "sini ado juwa susu kambing ko?" dlm loghat Dewan Bahasa Kelantan. Tuan ladang dgn muka senyum balas dalam bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka "Tak ada...". Dalam hati saya, ni org luar ke org kelantan. Saya tanya lagi, sini mana nak beli susu kambing? Dia cakap tak ada. Saya pun tanpa buang masa pandu ke depan nak patah balik ke jalan besar.

Masa tengah syok2 pusing stereng kiri kanan kiri kanan sebab jalan agak sempit tuan tanah tu lambai tangan dan tanya saya dalam bahasa Merriam-Webster English Dictionary bunyinya gini "Do you have a small container?" Saya agak terkejut dgn slang oreng putih tapi masih dapat memahami dgn penuh jiwa bangsa dgn selamba balas cepat2 "ada...ada.."

alamak....tak sempat nak sambung lagi sebab isteri panggil ada hal. Tapi tunggu, saya akan sambung balik al kisah perah susu kambing hehehe

gambar bawah ni saya kidnap kat internet, kalau empunya hak tak kasi saya guna kena gantikan dgn gambar lain :)


Thursday, August 14, 2014

Susu Kambing Fresh - Antara Kambing dan Lembu atau UNTA

Saya termasuk dalam kategori peminat susu tegar asal halal semua susu binatang boleh minum. Dalam artikel sebelum ni saya pernah ceritakan bila saya mula minum susu tapi saya sendiri dah lupa artikel yang mana satu :)

Saya mula minum susu semenjak 1989 sehinggalah beberapa bulan (July 2014)  lepas saya dah berhenti beli susu lembu. Susu lembu yg last sekali jenama Farmhouse saya tak bukak pun semenjak saya sendiri menjual susu kambing fresh.

.............. zzzzZZZZZ dah menguap lagi. Tak pe la, besok mlm sambung balik

Sementara ni yg rajin tu baca la artikel bukan saya tulis di bawah ni



Susu Kambing Fresh - Raw atau Mentah UNpasteurised

Susu kambing duk berendam dari 5 henggit je sebotol. PM sekarang, PKR tukar Khalid, yg minum susu lembu tukar susu kambing lebih khasiat lebih kaw!! Sunnah lagi pun, minuman para anbiya.

Susu Kambing Fresh yang kami jual ni diperah, ditapis dan dibotolkan terus oleh penternak2 Islam sahaja yg saya dah pegi cek keadaan ladang, pemakanan kambing, suasana sekeliling. Ada juga beberapa ladang milik orang Islam yg kami tak terima bekalan susu kambing disebabkan beberapa faktor yg tidak mengikut "Syariah Compliance". Selain dari mengikut procedure (SOP) veterinar dari segi hygienic atau pun kebersihan kami menasihatkan pemilik ladang kambing susu memberi penekanan terhadap kesucian dari sudut agama Islam. Ada sesetengah penternak berzikir atau membaca ayat2 suci al quran semasa proses perahan susu kambing yg semestinya akan memberi keberkatan kepada pengguna. Walaupun tidak semua pembekal susu kambing kami memgamalkannya namun kami sentiasa memberi nasihat supaya jadikannya sebagai SOP :)

Sorry la jika ayat saya di atas kadang2 bersastera, kadang2 berpasaran hehehe. Bukan nak tulis ayat masuk SPM ni tapi catatan pengalaman supaya semua boleh faham. Dulu masa SPM dapat markah ngam2 je A1 maklum lah asal Kelantan lidah keras nak cakap bahasa luar (kebangsaaan, org kelantan panggil luar). Tak pulak bahasa Kelantan kami panggil bahasa dalam!!

Disebabkan hampir semua susu kami (bukan susu kami, saya maksudkan susu kambing) adalah raw atau mentah tanpa dipasteurisedkan bersebab, susu kambing akan dibekukan secepat mungkin oleh penternak bagi mengelakkan terbiaknya bakteria yg boleh merosakkan susu. Dulu saya bila minum susu kambing mmg cari yg pasteurised tapi setelah google google dlm internet dan baca sana sini maka yg pasteurised tu saya tolak tepi, kadang2 minum jugak kalau tiada pilihan.

Ada lagi saya nak coret2 ni tapi mata dah makin layu tak tahan suara sayu isteri memanggil dalam bilik. Pendekkan kan cerita, gambar di bawah ni menunjukakn cara saya cairkan susu kambing beku secara rendam dalam air paip biasa supaya kecairan hampir mencecah susu bilik. Boleh tahan lama jugak, biasanya dalam masa sejam++.

Bagi yg minta nak order tu boleh la Klik FB Susu Kambing Fresh atau wasup saya 0193574160 bagitau alamat dan kuantiti. Semasa celoteh ni dicelotehkan delivery hanya di Lembah Klang dan sekitar. Harga sebotol bermula dari rm6 hingga rm25 tapi elok la tanya dulu harga sebelum beli sebab harga turun naik tanpa notis hehehehe. Atau boleh klik Senarai Harga kami.


Susu Kambing Fresh - Tak Bau Hamis

Secara umum bila kita dengar je susu kambing yg trang tang tang terlekat kat kepala ialah bau hamis kambing. Kambing kampung mmg saya boleh bagi gerenti akan berbau hamis cuma sekor dua tu mungkin tak yg jenis hari2 makan roti dgn jam strawberry hehehe. Namun percayalah susu kambing yg diperah dari jenis kambing bandar (import) boleh dikatakan tanpa bau. Kalau tak percaya order sebotol dgn saya. Susu kambing ni  walaubagaimanapun tetap akan berbau walaupun sedikit (very mild) terutama jika dalam keadaan suam atau panas namun tidaklah berbau hamis seperti kambing kampung. Camne kambing kampung tak de bau, makan macam2 petai jering dan entah apa2 pucuk dia main rempat je. Kita manusia pun kalau hari2 makan bawang mau tak pengsan jiran sebelah rumah. 

Istilah "tidak berbau" bukan bererti tanpa bau langsung cuma kadar bau berbeza2 ladang ke ladang, cara ternakan, kesihatan kambing, pemakanan kambing dan deria bau seseorang. Sesetengah dari kita tidak dapat mengesan bau kambing namun sesetengah yang lain dapat mengesan bau walaupun susu yang sama. Bagi mereka terutama kaum wanita yang mengandung mempunyai deria bau yg sensitif bolehlah mencampurkan dengan cokelat atau perisa lain bagi mendapatkan khasiat susu kambing yang bekalannya agak susah diperolehi.

Saya jenis hidung yg ada roadblock ni boleh terima semua jenis susu kambing asal tak rosak dan masam, janji susu kambing. Saya dah try pelbagai jenis susu kambing tapi mugkin banyak lagi yg ada di luar sana tak kesempatan nak cuba.

OK lah, berceloteh byk2 pun tak guna jugak. Sapa2 yg minat nak order sebotol dua atau sepuluh botol boleh la Klik FB Susu Kambing Fresh kalau nak order atau wasup saya 0193574160 bagitau alamat dan kuantiti. Semasa celoteh ni dicelotehkan delivery hanya di Lembah Klang dan sekitar. Harga sebotol bermula dari rm6 hingga rm25 tapi elok la tanya dulu harga sebelum beli sebab harga turun naik tanpa notis hehehehe. Atau boleh klik Senarai Harga kami.




Susu Kambing Fresh - Pertama Kali Jual Susu Kambing

Ini la buat kali pertama saya jual susu kambing secara tak sengaja selepas berbulan2 mencari bekalan susu kambing untuk bekalan private limited!! Bayangkan setiap kali nak dapatkan stok susu kambing terpaksa telefon pengedar untuk tanya Hypermarkat mana yang ada jual hari tu. Saya tinggal atas bukit (kira org jakun sikit la sebab kalau kat kg bila sebut tinggal kat bukit termasuk dalam golongan ulu hehehehe) dengan suhu secara purata dlm ermmmm.... di atas tahap beku :) kalau bela kambing sini pasti bulu lebat macam biri2. Maaf la terkerap sgt guna "2" dan shortform sebab zaman bersocial network ni dan teknologi serba laju, menulis pun tak boleh buang masa ie asal senang faham. Alaaaaa baru je nak update blog, time gini la mengantuk. Ok la bro2 dan madam saya kena masuk kandang jugak ni

Kalau ada FB, sure ramai yg ada fb zaman2 la ni :) Klik FB Susu Kambing Fresh kalau nak order atau wasup saya 0193574160. Delivery mmg ada di Lembah Klang dan sekitar tapi kena bayar la tapi lebih jimat dari dtg ke rumah saya di Ukay Perdana dgn jam, duit minyak, masa dan tol tol tol tol di mana2. Kalau jauh sgt tu susah nak hantar dan kos agak tinggi. Kalau nak jugak saya boleh usaha walau ke Sabah Sarawak hehehe

Tuesday, May 27, 2014

Susu Kambing Fresh - Prof Kambing

Lawatan saya ke ladang kambing milik Prof Kambing, Pak Faisal di Tanjung Karang kalau ingat2 lupa pasa 27 April 2014 bersama jutawan jagung sahabat baik saya yg macho sentiasa dgn spec hitam (tongkat dia patah hari tu hehehe). Pada sapa2 yg minat nak berjinak2 dgn kambing boleh la buat temujanji dgn Prof Kambing kita. Janggut Prof  pun lebih hebat dari kambing tu :) jange marah Prof..

Hebat nya ladang ni, walaupun nama kandang kambing namun bau kambing langsung tak melekat pada hidung. Saya memang la ada resdung, penyakit standard orang Malaysia dek pukulan belacan dan seangkatan tapi lepas gomol anak kambing bau langsung tak melekat kat baju hijau beli kat kedai bundle tu

Masa ni saya masih belum menjadi tok peraih susu kambing tapi hari2 dah minum susu kambing... mmbbeeekkKKK