Sunday, November 9, 2014

Susu Kambing Fresh - Home

Susu Kambing Fresh dimiliki oleh Al Falah Fresh (0023704714-D) FB Susu Kambing Fresh

Kepada sahabat2 yg klik www.susukambingfresh.com tiba2 je dilencongkan ke blog ni. Biasanya bila kita klik website dot com atau dot com dot my atau pun dot dot polka dot tu boleh la tengok website canggih siap dgn gambar2 pusing2 melayang2 hehehe.

Apa2 pun yg klik web dot com tu samada nak order susu kambing atau pun nak tau sedikit sebanyak berkenaan susu kambing. Saya mmg ada iklan sana sini dgn macam2 cara. Banner, bunting, poster, iklan fb nak kasi laku susu kambing ni supaya ramai dapat minum minuman sunnah ni. Tahniah dan terima kasih banyak2 la yg sudi klik klik website saya ni.


Yg saya jual ni bukan la susu kambing serbuk macam Hi Goat atau seumpama tu tapi yg asli mentah dibekukan seperti dlm gambar atas ni.

Harga?? Setulus ikhlas sejujur hati maaf zahir batin, kualiti susu kambing tak sama antara ladang ke ladang. Untuk senangkan peminat atau yg pertama kali nak cuba tu saya kategorikan (sendiri gred) kepada beberapa jenis ikut pengalaman saya. Senang cerita, klik sini untuk HARGA terbaru. Kenapa yg jual kat supermarket dlm botol tu lebih murah, dalam rm5.30 ke rm5.50 je sobotol 200ml? Depa punya pasteurised, habis mati bakteria yg baik dan jahat mati dek terkena suhu panas hehehe. Yg saya jual ni raw, mentah tanpa dipanaskan hampir asli lepas perah (lepas perah terbaik tapi kena la bela kambing susu sendiri). Jadi penuh khasiat seperti dijanjikan oleh kambing mmmbeekkkKKKK :)

Tujuan kita nak minum susu kambing tu adalah sebab nak dapatkan khasiat susu kambing yg original bukan sebab sekadar nak minum susu kambing, jadi saya sendiri pilih yg raw, mentah. Lebih lanjut Raw vs Pasteurised klik sini. Kalau sekadar nak rasa susu kambing, boleh la beli yg powder atau yg dicampur dgn kopi cap kapal api tenggelam ka, kopi janda sunyi sepi kambing ka dll hehehe.


Jadi utk sahabat2 yg nak order susu kambing tu, min 10 botol dan pilih la nak harga mana satu, rm6 ka, rm8 ka semua ada dan rasa lain2. Kalau dari ladang yg baik mahal la sikit, ada rasa ada beza. Ada rupa, ada harga hehehe

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ atau wasup saya 0193574160 Kamarull

Tuesday, August 19, 2014

Susu Kambing Fresh - Pengalaman Sahabat Minum Susu Kambing

True story never filmed :)

Saya kenal sahabat saya ni sejak 1985 semasa kami dipaksa lanjutkan pelajaran sana sini. Setelah hampir 25 tahun umur meningkat perut ke depan dulu dari dada, kadang2 bernafas pun terpaksa guna bantuan tong gas dan pembawa pelbagai jenis penyakit tanda zaman muda dah jauh meninggalkan usia. Kencing jenis gula prai, tekanan darah melonjat naik ke bumbung, tengok lubang jarum sah2 blurr mintak orang lain tolong cucuk dan sendi bermuzik kruk krak bila bersolat tu menjadi lumrah. Itu semua termasuk dalam kategori anugerah utama. Sub2 kategori seperti dalam hidung rasa macam ada ulat gonggok, makan belacan habis kulit merah2 dan macam2 la, list panjang berjela dari Exit Tol Plus Selatan sampai Bukit Kayu Hitam pun belum tentu cukup panjang.

Pendekkan cerita sahabat saya ni ada bowel disorder, bahasa melayu mungkin sesenang perut meragam kot atau pun mat salleh panggil lactose intolerance. Jenis makluh Allah yg berakal, makan je susu lembu boleh muntah2 sampai nak pengsan, macam ada belon gas dlm perut, kembung perut dan macam2 simptom.

Saya tak ingat samada saya yg rekemen dia minum susu kambing atau dia mintak nak beli susu kambing dari saya. Yang mana2 pun tak kisah cuma saya copy paste wasup terpaksa edit antara saya dgn dia. Sapa yg tak buta huruf boleh baca kat bawah ni. Secara ringkas, alhamdullilah, perut dia ok dan setakat artikel ni ditulis, setiap minggu 10 botol :)

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.


Monday, August 18, 2014

Susu Kambing Fresh - Saanen, Sejenis Kambing Susu

Kebanyakan penternak yg bekalkan susu untuk saya dari Kambing Susu jenis Saanen berwarna putih dengan takungan susu terang2 nampak bergayut antara dua kaki belakang tu. Ganbar kat bawah ni saya pinjam dari internet. Yang saya selalu nampak di ladang2 tu takungan susu tak de la sebesar tu. Mungkin dalam gambar bawah ni kambing betina tengah bunting kot. Tapi ni lah realitinya asal usul susu kambing yg kita minum tu :)

Mengikut penternak (bukan Wikipedia) yang saya kerap interview setiap kambing bergantung kepada pemakanan, kesihatan dll boleh hasilkan 500ml hingga 1500ml sehari, maknanya 2 hingga 6 botol 250ml sehari. Ini fakta atau auta saya akan perbetulkan kemudian, kalau ada teguran untuk info yg lebih tepat sila jgn segan2 msg saya.

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.



Sunday, August 17, 2014

Susu Kambing Fresh - Suhu Simpanan

Susu kambing yg cair mestilah di simpan pada suhu 0⁰ C ke 4⁰ C dlm peti ais. Jika perlu sejukbeku seelok2nya guna dlm masa sebulan, 3 ke 6 bulan pun boleh tapi kualiti susu kambing tersebut akan menurun. Susu kambing akan beku pada 0⁰ C tapi kebiasaaannya saya sejukbekukan pada -15 ⁰ C ke -20 ⁰ C. Saya beli thermostat ni di Ace Hardware, rm9.70 satu bagi menentukan suhu adalah dalam lingkungan tersebut sebab tak semua chiller atau freezer ada bacaan suhu.

Untuk delivery saya hantar dalam keadaan beku tapi bergantung jugak waktu terima. Bila terima dekat2 tengahari kemungkinan susu tu dah ada yg cair2 sikit. Bila terima tu, saya cadangkan disejukbekukan cepat2 kecuali sebotol dua untuk diminum terus biar lah kat luar atau dalam fridge bahagian bukan sejukbeku.

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.




Susu Kambing Fresh - Daging dan Susu

Saya pernah terbaca sebelum ni berkenaan dengan daging dan susu jika dimakan dalam hidangan yang sama, kita akan membazirkan nutrien yang terdapat dalam kedua-dua makanan kerana mereka terikat antara satu sama lain dan tidak mudah diserap. Kalsium dalam susu akan mengganggu penyerapan zat besi dan zink daripada daging, dengan itu mengurangkan nilai khasiat sumber makanan yang sangat mahal terutama sumber kalsium dari susu kambing dari segi ekologi protein. Jadi jika anda makan daging (lembu atau kambing), jarakkan masa pengambilan susu  sekian. Nutritionist sila bagi pandangan.

Saya minum susu kambing setengan jam sebelum atau selepas makan!! Walaupun makan ikan 

Kenyataan tersebut saya petikkan dari seorang penulis Yahudi yang sememangnya bijak dari kita. Itu amalan mereka. Islam mengajar yang sama, namum penganut Islam jarang yg ikut.

Susu Kambing Fresh - Minum Yang Sejuk atau Panas Suam2?

Saya kerap terima soalan bocor gini pasal susu kambing, "kena panaskan ke?.", "boleh minum gitu je ke?". Secara peribadi saya lebih selesa minum suam2 kuku kambing tapi bukan la kena panaskan atas api. Apa yg saya selalu buat (sebab susu yg saya jual ni raw non pasteurised, beku dlm botol seperti dalam gambar bawah ni), saya rendamkan botol tu dalam air biasa dulu kalau waktu suntuk nak cepat sikit. Kalau ada masa, saya biarkan kat luar beberapa jam sehingga 80 ke 90% cair. Nak sukat tepat2 80% ke 90% cair tu bukan la kena sukat betul2 tapi main agak2 je. Kalau kita goncang botol tu dan terasa macam ada ketulan ais lagi sikit2 tu kira dalam % tu la lebih kurang. Jadi bila dah agak2 cair, saya rendam kan dalam air panas atau suam2 agak panas lebih kurang 5 ke 10 min. Yg ni kena praktis la sikit nak tau dia suam2 tahap mana. Ikut citarasa masing2.

Apa yg saya buat selang beberapa minit saya goncang botol tu supaya susu yg sejuk bahagian atas dan panas bahagian bawah bercampur, pegang botol tu kita dah boleh  agak panas dia tahap mana. Kalau dah rasa suam2 atau panas ikut kategori individu tuang la ke dalam gelas, mug, cawan, mangkuk dan apa2 yg selesa nak minum. Nak minum dari botol terus pun boleh tapi saya tak galakkan, nampak tak manis :) walaupun anda mmg jelitawan negara atau Mr Hensom hehehehe.


Kalau kita panas kan susu kambing tu secara terus atau pun secara mudah pasteurisation (susu dipanaskan pada suhu 63 degree Celcius selama 30 min), saya banyak baca artikel di dalam internet mengatakan pemanasan tersebut mematikan kedua2 bakteria2 yg baik sekali yg kita perlu.

Banyak artikel2 berkaitan raw milk dan pasteurisation ni seperti dalam 

How Stuff Work - berkaitan pasteurisation
Raw Milk Reality - yg mana elok, raw atau pasteurised

Tapi..... ada tapi jugak :) ramai di kalangan kita lebih suka minum sejuk tanpa perlu rendam dlm air panas atau suam2. Bila cair teguk macam biasa, cuma perlahan2 cara Islam dan lebih manis jika diminum dalam gelas.


Nasihat saya jika susu kambing ni diberi minum kepada bayi (kena rujuk kepada doktor masing2) seelok2nya bagi lah yg suam2 kuku takut kembung perut pulak. Lagi pun bayi tak akan minum yg sejuk.


Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.



Saturday, August 16, 2014

Susu Kambing Fresh - Perjalanan Yang Jauh

Dari pengalaman "bukan pakar" saya, penternak susu kambing ni ada di hampir seluruh Semenanjung, dari Utara ke Selatan termasuklah Pantai Timur. Kebanyakan kambing susu diternak di dalam kandang2 moden berkayu beberapa kaki dari aras tanah (bukan aras laut). Ada penternak buat kandang betul2 belakang rumah. Sekali pandang tak nampak sebab bau kambing pun tak ada. Sekali pergi belakang rumah, tu dia.... kandang kambing berpuluh2 ekor dan ada yg beratus2 ekor hehehe.

Setakat artikel ini ditulis saya telah melawat hampir 9 ladang dari sebesar2 di Kluang dan sekecil2 di Senawang bergantung pada modal masing2. Yg poket gemuk ladang besar, poket kurus kandang kecik tapi jumlah susu sekali perah bergantung kepada kepakaran tokey kambing.

Kejap.... ada meeting :) bersambung...

sambungan episod akhir...

Semenjak saya jual susu kambing ni, bekalan susu diperolehi dari Kelantan, diperah mentah tanpa dipasteurisedkan (walaupun melanggar akta makanan 1985 melarang non pasteurised di pasaran terbuka kerana Kerajaan terpaksa mengikut telunjuk Barat) terus dibekukan sebelum dihantar ke Lembah Klang dalam keadaan suhu terkawal supaya sepanjang perjalanan hampir 9 jam dengan lori.

Sekarang ni bekalan diperolehi dari Selangor dan Insyaallah dari Utara dan Selatan disebabkan peningkatan permintaan. Macam belajar ekonomi Supply and Demand hehehe. Semua bekalan diperolehi dari penternak2 Islam sahaja bagi menjamin kesucian dan kehalalan susu kambing disebabkan penternak bukan Islam walaupun mendapat pensijilan Halal, keyakinan saya sebagai pemborong amat rendah disebabkan kes2 seperti ikan patin diberi makanan usus babi dsb.

Ok la, tulis panjang2 mengantuk nak baca :)

Kepada yg nak order sila LIKE dan klik FB Susu Kambing Fresh  dan order kat situ.